awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak juga terima notis kesalahan merokok di tempat makan awam di Johor

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2020
10:48 MYT
Kanak-kanak juga terima notis kesalahan merokok di tempat makan awam di Johor
Masih ramai yang tidak peduli dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makan.
Kanak-kanak 12 tahun antara 276 perokok yang diberi notis kesalahan kerana merokok di tempat makan di Johor.
Sejak undang-undang itu dikuat kuasa bermula 1 Januari lalu, 30 pesalah berumur bawah 18 tahun termasuk kanak-kanak itu antara yang menerima notis.
Exco Kesihatan, Kebudayan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata kebanyakan mereka yang menerima notis hanya memberi alasan tidak mengetahui larangan baharu itu.
Beliau juga menyeru agar pihak ibu bapa lebih peka tentang perkara tersebut dan memberi nasihat kepada anak-anak mereka.
"Ibu bapa diminta pantau dan berikan khidmat nasihat dan sebagainya. Ataupun kalau tak dpat bagi, boleh bawa (anak) ke klinik kesihatan atau hospital, untuk kita bagi nasihat kepada mereka,” ujar Mohd Khuzzan.
Sejak dilaksanakan larangan merokok di tempat makan, 4,697 premis makanan telah diperiksa oleh 153 pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
344 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan 276 perokok dan 68 premis gagal mempamer tanda larangan merokok.
Ia melibatkan keseluruhan kompaun berjumlah RM78,500.
Topic Berkaitan
#jabatan kesihatan
#Johor
#Kanak-kanak
#kesalahan merokok
#notis kesalahan
#perokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan