awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki empat tahun cedera diserang anjing

Bernama
Bernama
01/03/2025
10:36 MYT
Kanak-kanak lelaki empat tahun cedera diserang anjing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, hari ini. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.
Beliau berkata kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Ibu mangsa dan pihak hospital telah membuat laporan polis berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial paparan yang menunjukkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#diserang anjing
#Kampung Dedek
#Polis Daerah Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan