awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki empat tahun maut dalam kebakaran di Melaka

Bernama
Bernama
16/05/2025
12:45 MYT
Kanak-kanak lelaki empat tahun maut dalam kebakaran di Melaka
Mohd Shahrom berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang. - Gambar Bernama
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Rumput, Krubong, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik tidur sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang.
"Seramai 17 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh serta Cheng dikejarkan ke lokasi dan tiba lapan minit kemudian.
"Sebaik kebakaran berjaya dikawal, anggota menemukan mangsa dalam sebuah bilik tidak berkunci dalam keadaan terbaring di lantai. Mangsa adalah anak keempat daripada lima beradik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, ibu dan adik-beradik mangsa berada di rumah namun sempat menyelamatkan diri.
Menurutnya kebakaran memusnahkan kira-kira 30 peratus daripada unit rumah terbabit, namun struktur bangunan masih selamat untuk diduduki.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Sementara itu, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata kerajaan negeri menyediakan bantuan awal kepada keluarga mangsa.
Katanya Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menyediakan kediaman sementara di PPR sama untuk keluarga terbabit.
"Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Paya Rumput juga akan membantu menguruskan pengebumian mangsa selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#JBPM
#JAPERUN
#siasatan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan