awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki mangsa dera di Johor kini dalam jagaan ibu saudara

Bernama
Bernama
26/08/2023
08:15 MYT
Kanak-kanak lelaki mangsa dera di Johor kini dalam jagaan ibu saudara
Nancy (foto) berkata penyerahan itu dilakukan selepas JKM membuat penilaian terhadap waris yang layak dan sesuai untuk mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak berkenaan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa dera ibu kandung dan kenalannya di Pasir Gudang, Johor pada awal bulan ini telah diserahkan kepada ibu saudaranya untuk jagaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata penyerahan itu dilakukan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat penilaian terhadap waris yang layak dan sesuai untuk mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak berkenaan.
"Setelah melalui penilaian, didapati ibu saudara mangsa itu memang layak menjaganya sebab dia merupakan keluarga terdekat.
"Namun, sepanjang penjagaannya nanti, JKM akan pantau dan memeriksa keadaan kanak-kanak itu kerana dia (mangsa) masih trauma.
" ... kita sudah menjalankan rawatan pemulihan terhadap mangsa supaya (dapat) mengembalikan keyakinannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Wanita Muda anjuran Institut Pengurusan Wanita di sini hari ini.
Pada 16 Ogos lepas, seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang.
Sebelum itu, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#kanak-kanak disyaki didera
#mangsa dera ibu kandung
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan