IPOH:Kegembiraan membuat persiapan sambutan Hari Deepavali bertukar tragedi bagi satu keluarga di Taman Cempaka Kampung Koh, Sitiawan, apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tertikam pisau oleh sepupunya dalam satu insiden Jumaat lepas.
Kejadian berlaku semasa J.Adithiyan, 7, dipercayai berlari ke arah sepupunya yang berusia 11 tahun, yang sedang membawa pisau, pada kira-kira pukul 10.20 malam.
Menurut bapa saudaranya D. Mathialagan, 43, peristiwa malang yang menimpa anak kecil dan disayangi ramai itu berlaku dengan pantas, disaksikan ahli keluarga lain yang ketika itu berhimpun dan sibuk membuat persiapan Deepavali.
Beliau yang ditemui pemberita di luar Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini hari ini, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba dan laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Lumut.
Mathialagan yang hadir bersama adiknya, Kumar, 41, berkata, kanak-kanak itu sememangnya seorang amat aktif, disayangi ramai, dan juga sangat rapat dengan beliau serta isterinya malah sering merujuk beliau sebagai bapanya.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan memaklumkan kes masih dalam siasatan. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 15 2020
J.Adithiyan maut selepas tertikam pisau yang dibawa sepupunya dalam satu insiden pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Tragedi menjelang Ramadan: Kanak-kanak lelaki OKU ditemukan lemas dalam sungai
Mangsa dikesan tiada di rumah pada jam 5 petang sebelum ditemui sekitar 6.30 petang di Sungai Kampung Tala.
Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney
Mahkamah memerintahkan seorang pemuda dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak hilang sejak Oktober lepas
Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, 46000 Petaling Jaya.
Kanak-kanak lelaki tujuh tahun hilang jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali pada Rabu.
Kanak-kanak jejak ibu bapa selepas 10 tahun terpisah
Qhaleef Amjad Mohamed diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia enam hari untuk dijaga dan dibesarkan.
Mayat kanak-kanak lelaki lemas di Bachok dijumpai
Mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, ditemukan pada 1.40 tengah hari tadi oleh orang awam di Pantai Senok, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.
Tragedi lemas Sungai Ulu Piah: Ibu reda, sempat tatap wajah Izz Auf sebelum 'pergi'
Dia sempat menatap wajah Izz Auf Mohd Ghazali yang ketika itu menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di sisinya.
Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persiapan Deepavali
Kejadian berlaku semasa J.Adithiyan, 7, dipercayai berlari ke arah sepupunya yang berusia 11 tahun, yang sedang membawa pisau.
Imigresen tumpas sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Indonesia
Warga Indonesia yang ditahan termasuk tiga lelaki dalang sindiket, seorang lelaki yang berperanan sebagai 'runner' dan dua kanak-kanak lelaki berumur dua tahun.
Perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak lelaki berleluasa di seluruh dunia - PBB
Kajian itu menyebut seorang daripada lima kanak-kanak lelaki, atau 23 juta orang, telah berkahwin sebelum berusia 15 tahun.