BAGAN DATUK: Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga Rohingya dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Pelantar Ikan Seng Lee, Hutan Melintang, dekat sini, pada Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian membabitkan kanak-kanak berusia lingkungan 7 tahun itu pada pukul 7.08 pagi.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dengan bantuan BBP Teluk Intan telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan teknik 'surface searching' atau pencarian di permukaan dengan menggunakan dua unit bot bomba sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, SAR berkenaan membabitkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Rosli Wan Chik itu kini masih diteruskan.
Amirrul Rabbani
Thu Dec 01 2022

Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga Rohingya dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Pelantar Ikan Seng Lee, Hutan Melintang, pada Khamis. - Gambar hiasan

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini semua rakyat Malaysia di Turkiye.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Terjatuh dari pelantar ikan, kanak-kanak warga Rohingya ditemukan lemas
Mangsa ditemukan oleh nelayan dalam keadaan terapung pada permukaan air pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa disyaki terjatuh.

Kanak-kanak lelaki Rohingya dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari pelantar ikan
Operasi mencari mangsa berusia 7 tahun dilakukan menggunakan teknik pencarian di permukaan sedang dilakukan.

Polis kesan kanak-kanak bukan warganegara tular minta sedekah
Polis sedang mengesan kanak-kanak yang dipercayai bukan warganegara meminta sedekah di jalanan, ekoran beberapa video tular di media sosial, baru-baru ini.

Rohingya, Ocean Of Love: Warga AWANI selami kehidupan kanak-kanak Rohingya
Seramai 60 warga kerja Astro AWANI meraikan anak-anak Rohingya di Pusat Latihan Risda Ristec Port Dickson dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hari ini.