awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki usia dua tahun maut kebakaran bilik

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2023
03:52 MYT
Kanak-kanak lelaki usia dua tahun maut kebakaran bilik
Kebakaran yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berlaku di sebuah bilik berkeluasan 10x10 kps di flat Taman Pantai Bersih, di Butterworth, pagi ini. - Foto JBPM Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran di rumahnya di flat Taman Pantai Bersih, di sini, pagi ini.
Menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Mohd Nasir Idris, pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 8.29 pagi.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.
Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di rumah flat di tingkat dua bangunan empat tingkat, dengan anggaran kemusnahan keseluruhan 20 peratus.
"Kebakaran berlaku di sebuah bilik berkeluasan 10x10 keluasan kaki persegi (kps) dan kebakaran telah dipadamkan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
"Bagaimanapun, pemeriksaan menemui seorang mangsa, iaitu kanak-kanak berusia dua tahun, berada di dalam bilik dan didapati telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.
Foto JBPM Pulau Pinang
Foto JBPM Pulau Pinang
Setakat ini, kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.
Sementara itu, Sinar Harian memetik Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian.
"Benar kejadian melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik berkenaan.
"Ibunya keluar bekerja pada jam 7.30 pagi, neneknya sedang mandi, manakala ahli keluarga lain sedang tidur. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Foto JBPM Pulau Pinang
Foto JBPM Pulau Pinang
Topic Berkaitan
#Seberang Perai
#Balai Bomba dan Penyelamat
#bomba
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan