KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat disengat tebuan ketika bermain bersama dua kakaknya di taman permainan berhampiran rumah datuknya di Kampung Tok Jembal, di sini pada Ahad.
Eidrish Mohd Khalid yang disengat kira-kira 60 ekor tebuan disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Dua kakaknya, Nur Adelia Qaisara,10, dan Nur Aiyris Dania,7, yang turut disengat haiwan berbisa itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ namun mereka dilaporkan stabil.
Bapa mangsa, Mohd Khalid Omar, 40, berkata, kejadian berlaku pada jam 5.40 petang ketika mereka sekeluarga bersiap untuk pulang ke Ipoh, Perak selepas balik bercuti di kampung.
"Mereka tiga beradik pergi bermain di taman permainan berhampiran rumah. Tiba-tiba anak sulung datang beritahu adik disengat tebuan lalu saya berlari ke lokasi kejadian.
"Saya nampak anak (Eidrish) yang dikerumuni tebuan sudah lemah dan terus dihantar ke hospital," katanya yang turut dimasukkan ke HSNZ selepas terkena lebih 10 sengatan tebuan ketika menyelamatkan mangsa.
Mohd Khalid yang mengusahakan restoran di Ipoh bersama isteri, Norliza Shaparuddin,36, berkata, dia pulang ke kampung pada Jumaat lalu namun tidak menyangka kejadian tersebut menimpa mereka sekeluarga.
Jelas beliau, jenazah Eidrish yang merupakan anak ketiga dari lima beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir pada jam 10 pagi, Isnin.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022

Mohd Khalid yang mengusahakan restoran di Ipoh bersama isteri, Norliza Shaparuddin,36, berkata, dia pulang ke kampung pada Jumaat lalu namun tidak menyangka kejadian tersebut menimpa mereka sekeluarga. - Foto Sinar Harian

Hanya kanak-kanak lahir di luar negara berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia
Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, demikian putus Mahkamah Rayuan.

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Dua kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu
Mangsa, Isa Sabri, 2 tahun, dan Norain Jaziz, 11 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kanak-kanak maut dilanggar ketika lintas jalan depan rumah
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan di Kilometer 83 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di Kampung Peria, di sini pada Isnin.

Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat disengat tebuan ketika bermain bersama dua kakaknya di taman permainan berhampiran rumah datuknya di Kampung Tok Jembal, di sini pada Ahad.

Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut terjatuh dari tingkat 10
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini, petang ini.

Kanak-kanak empat tahun maut dihempap pagar batu
Mangsa Nur Iman Irdina Abdul Nuur disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Dua kanak-kanak maut motosikal rempuh tiang elektrik
Kedua-dua mangsa dipercayai berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kanak-kanak maut tersangkut buaian: 18 individu dipanggil beri keterangan
Ketua Polis Daerah Seremban berkata, antara yang dipanggil ialah ibu bapa kepada Nour Rania Asyifaa, pengasuh dan pengusaha taska.

Dua kanak-kanak maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah
Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi petang ini.

Kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 kuarters PGA Cheras
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima atau enam tahun maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras hari ini.

Kanak-kanak 4 tahun maut kereta terjunam ke sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapa serta adiknya terjunam ke dalam sungai di Jalan Sungai Korok, Kubang Pasu.