awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: PSG tersungkur di Lisbon, Sporting raih kemenangan dramatik
Sharon jadi wanita pertama terajui MSA
Bukan wang semata, tetapi maaf yang ikhlas - Bapa Altantuya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun maut tercekik biji rambutan

Bernama
Bernama
20/01/2026
14:13 MYT
Kanak-kanak lima tahun maut tercekik biji rambutan
Polis berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman pada 2.50 petang.
CHUKAI: Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas tercekik biji rambutan, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman pada 2.50 petang.
"Kejadian dipercayai berlaku pada 1.30 tengah hari di rumah mangsa di Felda Neram 1 di sini semasa kanak-kanak itu makan rambutan bersama-sama kakaknya yang berusia enam tahun.
"Suara mangsa didakwa tersekat-sekat kerana biji rambutan tercekik pada kerongkong," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Razi berkata keluarga mangsa membawa kanak-kanak itu ke klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.
"Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tercekik dan terdapat biji rambutan pada kerongkong," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#tercekik biji rambutan
#Polis Daerah Kemaman
#Felda Neram 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan