awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali - Polis

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
23/07/2024
03:27 MYT
Kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali - Polis
Pada Sabtu lalu, mangsa disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri Sabtu lalu, ditemui selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.
Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata mangsa berada dalam keadaan selamat.
Menurut beliau, mangsa ditemui dengan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun sekitar jam 4.45 pagi Selasa.
"Mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini berada di hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
"Tiada kecederaan fizikal pada mangsa," katanya di sini pada Selasa.
BACA: Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang
BACA: Henti sebar maklumat tidak tepat - Ibu kanak-kanak perempuan hilang
BACA: Polis tahan 3 individu, klasifikasi sebagai kes culik
Mengulas lanjut, Kumar berkata motif penculikan masih dalam siasatan, selain tiada sebarang wang pampasan dituntut.
Ketika ini, lima individu tempatan telah ditahan, di mana empat daripada mereka telah direman selama empat hari, manakala seorang lagi yang baru ditahan pagi tadi akan direman petang ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pada Sabtu lalu, mangsa disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.
Ketika hilang, kanak-kanak itu memakai baju t-shirt putih bergambar 'Mickey Mouse' dan berseluar pendek.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#mangsa culik
#ditemui selamat
#Albertine Leo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan