TAIPING: Perintah reman seorang wanita dan teman lelakinya yang berakhir hari ini disambung enam hari lagi, hingga 12 Ogos ini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid, pihaknya telah membuat permohonan sambung reman itu pagi ini bagi meneruskan siasatan kes kematian seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas.
“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pada Isnin, media melaporkan seorang wanita dan teman lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas, direman selama tujuh hari.
Kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah hasil maklumat orang awam yang melaporkannya kepada polis kira-kira pukul 11 pagi.
Hasil siasatan awal pihak forensik di tempat kejadian mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa terbabit.
Polis kemudian menahan ibu mangsa dan teman lelaki yang masing-masing berumur 36 tahun dan 30-an yang turut tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mangsa dilaporkan didera sejak Mac dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Aug 06 2023
Permohonan sambung reman itu bagi meneruskan siasatan kes kematian seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas. -Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kanak-kanak mati disyaki didera: Reman ibu, teman lelaki disambung enam hari lagi
Permohonan sambung reman itu bagi meneruskan siasatan kes kematian seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas.