JASIN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, melibatkan kereta Produa Alza yang dinaiki empat beranak dalam perjalanan dari Kesang menghala ke Durian Tunggal, manakala pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Durian Tunggal ke Jasin.
"Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun, telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu ayah kanak-kanak lelaki terbabit.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa, Afif Daiyan Shamsuri yang berada di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, meninggal dunia di lokasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mispani berkata pemandu dan anak perempuannya berumur 11 tahun yang turut berada di tempat duduk belakang, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Katanya isteri mangsa yang berada di tempat penumpang hadapan, mengalami kecederaan ringan manakala pemandu pacuan empat roda itu mengalami kecederaan di bahagian dada.
"Mayat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat, manakala kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Pemandu dan anak perempuannya berumur 11 tahun yang turut berada di tempat duduk belakang, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. - Gambar hiasan
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada umat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.
Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Penunggang wanita maut digilis treler di Jalan Klang Utama
Mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.
Kontraktor didakwa memandu berbahaya, sebabkan kematian dua beradik
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah datas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik.
Mangsa ketiga nahas Jalan Gerik- Jeli meninggal dunia
Pemandu yang parah selepas terbabit dalam nahas yang mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik- Jeli, pada Ahad disahkan meninggal dunia.
Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut
Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kejadian langgar lari.
Warga emas maut langgar pokok tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Persiaran Senawang 1 berhadapan Petron Taman Sri Mawar, pagi Rabu.
Suami isteri maut kemalangan, hasrat balik raya di Sabah tak kesampaian
Hasrat sepasang suami isteri untuk pulang beraya ke Sabah tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Persiaran Forest Height 1, di sini pada Isnin.