awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro raih Platinum Putra Brand Awards tujuh kali berturut-turut
Literasi kewangan lemah, pinjaman tersembunyi punca guru bankrap - NUTP
Ribut musim sejuk landa Amerika, 230 juta penduduk berdepan kesulitan, ribuan penerbangan dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut jatuh pangsapuri: Tiga individu sudah dirakam keterangan - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/08/2025
06:46 MYT
Kanak-kanak maut jatuh pangsapuri: Tiga  individu sudah dirakam keterangan - Polis
Shahrulnizam berkata, ketiga-tiga individu yang telah diambil keterangan tinggal di unit sama bersama ibu dan mangsa. - Gambar fail
PETALING JAYA: Polis sudah merakam keterangan tiga individu, termasuk ibu saudara, bapa saudara dan rakan ibu mangsa, berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara, di sini Khamis lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui meninggal dunia di laluan pejalan kaki selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam di Kota Damansara.
  • Tiga individu termasuk ibu saudara, bapa saudara dan rakan ibu mangsa telah dirakam keterangan; ibu mangsa masih belum dirakam kerana menguruskan pengebumian.
  • Polis akan memanggil tiga jiran yang dipercayai mendengar bunyi jatuhan dan suasana bising; kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas selesai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, ketiga-tiga individu terbabit tinggal di unit sama bersama ibu dan mangsa.
"Setakat ini, polis masih belum merekodkan keterangan ibu mangsa kerana beliau berada di Perak untuk menguruskan pengebumian anaknya,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Menurut Shahrulnizam, polis juga akan memanggil tiga lagi individu yang merupakan jiran mangsa, dipercayai mendengar bunyi objek terjatuh dan keadaan bising ketika kejadian berlaku.
"Selepas semua keterangan selesai diambil, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.42 petang.
Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di laluan pejalan kaki sebelum pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Rakam keterangan
#punca kematian
#kanak-kanak maut terjatuh pangsapuri
#Kota Damansara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan