awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak OKU hilang dikhuatiri lemas ditemui selamat

Petrus Bernard
Petrus Bernard
10/07/2022
14:25 MYT
Kanak-kanak OKU hilang dikhuatiri lemas ditemui selamat
Muhammad Fakhri Zhafrah (kiri) yang ditemui sedang menangis dan kelaparan selepas tujuh jam hilang, diserahkan kepada ibunya, Herdawaty Harun, 40 (kanan). - Gambar/ Astro AWANI
TAWAU : Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur tujuh tahun yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di sungai di Kampung Jawa, Lanut di sini, ditemui selamat oleh penduduk pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata kanak-kanak tersebut ditemui pada jam 7.16 malam, di kawasan hutan 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Katanya, Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin ditemui sedang menangis dan dalam keadaan lapar serta dahaga selepas tujuh jam dilaporkan hilang, sebelum diserahkan kepada ibunya, Herdawaty Harun, 40.
BACA: Kanak-kanak OKU dikhuatiri lemas ketika ziarah saudara sempena Aidiladha
Ujar Julius, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seterusnya ditamatkan pada jam 7.52 malam.
Terdahulu, kanak-kanak itu datang ke kampung berkenaan pada Ahad bersama ibunya untuk menziarahi saudara sempena Aidiladha, sebelum disedari hilang pada jam 12 tengah hari lalu membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#OKU
#Tawau
#BBP Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan