awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan dirogol, kepala dihentak batu sehingga maut

Agensi
Agensi
02/05/2019
02:04 MYT
Kanak-kanak perempuan dirogol, kepala dihentak batu sehingga maut
Apa yang lebih menyayat hati, selepas mangsa di rogol, suspek telah menghentak kepala mangsa dengan batu - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah dirogol dan dibunuh oleh dua lelaki di ibu kota Bhopal, Madhya Pradesh, India, pada Selasa.
Menurut laporan media tempatan, kejadian tersebut berlaku semasa mangsa pergi melawat sebuah kuil di kawasan Manubhavan Tekri, di Bhopal, India bersama ibu saudaranya sebelum kedua-dua suspek menghampiri mereka.
Mangsa kemudiannya telah di bawa ke satu kawasan terpencil sebelum kedua-dua suspek itu merogolnya.
Apa yang lebih menyayat hati, selepas mangsa dirogol, suspek telah menghentak kepala mangsa dengan batu sehingga menemui ajal.
Pada hari berikutnya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan suspek yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan mangsa telah ditangkap bersama ibu saudaranya.
Polis mengesyaki saudara kepada mangsa mengenali kedua-dua tertuduh dan turut terlibat dalam kes berkenaan.
Pihak polis juga sedang menunggu laporan forensik untuk mengetahui berapa ramai lagi yang terlibat dalam jenayah tersebut.
Topic Berkaitan
#Bhopal
#Gadis 12 tahun
#India
#jenayah
#kepala dihentak batu
#maut
#polis
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan