LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan rentung selepas terperangkap dalam dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabah Baru, di sini pagi tadi.
Kebakaran yang melibatkan 11 buah rumah mengorbankan Nur Alisha Putri Abdullah, 2, yang ditemukan rentung selepas dipercayai tidak dapat diselamatkan akibat api yang marak.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Samsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.52 pagi sebelum bergegas ke lokasi.
“Setelah kita buat pemadaman kita dapati terbakar seratus peratus semua rumah dari jenis tidak kekal iaitu daripada struktur kayu.
“Setelah membuat pemadaman kita membuat pencarian lokasi dan hasil daripada maklumat orang ramai didapati terdapat satu orang mangsa yang mana tertunggal dia sebuah rumah yang terbakar.
“Pasukan bomba berjaya mengawal punca kebakaran pada pukul 10.55 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang,” katanya.
Samosa berkata pasukan bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran.
Menurut wakil Ketua Kampung, Bakar Julkipli dia menerima panggilan daripada orang kampung sejurus kebakaran terjadi.
"Tidak pasti lagi (puncanya) sebab di situ ada jual bakso, jadi kurang pastilah apa yang terjadi di situ sebab masa itu saya dalam perjalanan ke kampung dari bandar. Dia (penduduk) menelefon daripada kampung, kami terus hubungi 999 dan terus membantu,” katanya.
Sementara itu salah seorang mangsa kebakaran, Jonny Rajiun pula mendapat panggilan dari isterinya memaklumkan mengenai kebakaran ketika sedang berkerja.
Rumahnya terbakar sepenuhnya dan buat sementara ini menumpang di rumah keluarga terdekat.
“Saya bergegas ke sini, berlari naik kereta ke sini untuk mahu menyelamatkan barang apa yang ada dalam rumah itu tetapi sebenarnya tidak dapat, sudah hangus terbakar.
“Buat sementara waktu sekarang ini kami tinggal di rumak kakak ipar. Semua persiapan raya hangus terbakar. Sudah ada, semua lengkap semua tapi gara-gara terbakar sudah habis semua, tiada sudah.
“Yang saya tahu mereka cakap punca dari bilik, karan (arus elektrik), itupun dari rumah sebelah kami,” katanya.
Menurut seorang peniaga, Lidiya Abbang pula, segala persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang turut musnah dijilat api sekelip mata.
“Saya tidak sempat bawa barang-barang, anak-anak sajalah. Janji anak-anak selamat.
“Saya tidak tahu dimana hendak tinggal nanti. Saya fikir-fikir lah sebab saya tidak biasakan tinggal di rumah orang, tidak tahulah macam belum terlintas di fikiran di mana mahu tinggal,” katanya.
Zulhafiiz Brahim, Fadhil Selihin
Tue Apr 19 2022

Kebakaran yang melibatkan 11 buah rumah mengorbankan Nur Alisha Putri Abdullah yang ditemukan rentung. - Astro AWANI

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Penyedut asap makmal SMK Taman Selayang terbakar
Siasatan mendapati kebakaran berlaku di luar kelas di tingkat dua, melibatkan bahagian motor penyedut asap dari sebuah makmal.

Lapan rumah musnah dalam kebakaran awal pagi
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik bomba.

"Sangka ajal di dalam tandas, saya hanya mampu mengucap" - Mangsa kebakaran
Siti Khatijah terperangkap lebih 30 minit di dalam tandas ketika kejadian kebakaran di rumah ibunya di di Lorong Fajar dekat Taman Uda Selasa lalu.

18 penghuni rumah hasil bantuan Ustaz Ebit Lew diselamat dalam kebakaran
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, di sini, pada Selasa.

Dua beranak terselamat dalam kebakaran rumah
Mangsa yang berusia 16 tahun sesak nafas kerana terhidu asap sementara ibunya alami kecederaan di kaki akibat terpijak bara api.

Ibu dan anak rentung, dua lagi melecur dalam kebakaran di Seputeh
Dua beranak ditemukan mati rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah rumah banglo tiga tingkat di Taman Gembira, Seputeh, pada Ahad.

Tindakan pantas orang awam selamatkan rumah daripada hangus
Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan sebuah rumah penerokawati di Felda Purun, di sini dari terbakar keseluruhannya.

Kediaman rasmi Pengarah Hospital Kemaman terbakar
Sebuah rumah setingkat kediaman rasmi Pengarah Hospital Kemaman Dr Amran Japar di Kampung Gong Limau dekat Kemaman terbakar 50 peratus malam tadi.

Hujung minggu panas bagi Eropah, orang ramai 'basahkan' diri, amaran kebakaran dikeluarkan
Orang ramai di Perancis dan Sepanyol misalnya, mencari tempat untuk menyejukkan tubuh apabila petunjuk raksa mencecah bacaan 40 darjah Celsius.

Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran
Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas malam ini.