Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak rentung, ibu bapa melecur di Sri Aman

Sumber: JBPN Sarawak
Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang telah musnah terbakar 100 peratus. - Foto JBPN Sarawak

SRI AMAN: Seorang kanak-kanak lelaki rentung manakala ibu dan bapanya melecur dalam insiden kebakaran sebuah rumah dua tingkat di sini, awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.02 pagi.

Advertisement

"Sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota kemudian segera diatur gerak ke lokasi.

Setiba di Lorong 1, Taman Sentosa Indah katanya, pasukan mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang telah musnah terbakar 100 peratus.

"Dua penghuni rumah tersebut berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

"Seorang mangsa wanita dewasa mengalami kecederaan melecur pada bahagian tangan manakala seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan melecur hampir keseluruhan badan.

Kata Fauzi, seorang kanak-kanak lelaki kemudian dijumpai dalam keadaan rentung di tingkat atas rumah tersebut.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang melecur telah dikejarkan ke Hospital Sri Aman.

Seorang kanak-kanak perempuan pula tidak mengalami kecederaan namun dipercayai telah tersedut banyak asap.

Setakat berita ini ditulis, identiti mangsa masih belum disahkan, namun dipercayai daripada satu keluarga.

 

Must Watch Video