KUALA LUMPUR:Senyuman manis 'memenuhi' wajah kanak-kanak di Destiny Children's Homes di Gombak apabila menerima kunjungan daripada tetamu istimewa yang membawa hadiah Krismas.
Keluarga Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membuat kunjungan ke pusat jagaan tersebut.
Dalam perkongsiannya di laman sosial, katanya, keluarganya meminta pengurusan pusat jagaan itu untuk menyenaraikan hadiah Krismas yang diingini oleh kanak-kanak di situ.
Melihat senarai itu, setiap seorang keluarga beliau mengambil keputusan untuk membelikan satu hadiah dengan ucapan yang ditulis sendiri.
Pun begitu, Mohamed Azmin tidak dapat menyertai keluarganya untuk bersama-sama dengan mereka.
"Sorry Uncle couldn’t be there today but our family had a lovely time writing xmas cards and getting gifts.
"We hope you and everyone in Rumah Destiny will have a lovely and safe Christmas," katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, pada Rabu.
Dalam hantaran berasingan, Mohamed Azmin turut menzahirkan rasa bangga dengan ahli keluarganya yang mengambil inisiatif itu.
Katanya, dalam kepelbagaian budaya dan sambutan, rakyat Malaysia belajar untuk hidup dalam keadaan yang harmoni.
Astro Awani
Wed Dec 23 2020

Senyuman manis 'memenuhi' wajah kanak-kanak di Destiny Children's Homes di Gombak apabila menerima kunjungan daripada tetamu istimewa yang membawa hadiah Krismas. - Gambar Farah Azmin @farahshazliyana

PdRP: Harga peranti naik?
Sesi persekolahan tahun 2021 yang bermula dengan pembelajaran secara dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdRP) menimbulkan rungutan kepada ibu bapa. Apabila lebih daripada dua orang anak yang bersekolah di mana masing-masing menggunakan komputer, komputer riba atau ‘laptop’ untuk mengikuti kelas. Kita bersama Chris Daniel Wong, Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia dengan perinciannya.

Ekonomi mungkin ditutup jika kes tidak turun - Surat EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim

PdPR | Mekanisme mudahkan pembelajaran di rumah
Pendekatan pembelajaran kini sebagai satu keperluan, namun setiap pihak perlu mengambil kira jurang perbezaan yang wujud. Golongan pengajar perlu memainkan peranan penting dalam mengenal pasti teknik pembezaan dan kebolehan pelajar. Dr. Aida Hanim A. Hamid, Pensyarah Kanan Pusat Kepimpinan & Polisi Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ada perinciannya.

COVID-19 | Ekonomi mungkin ditutup jika kes tidak turun
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh akan dilaksanakan sekiranya kes penularan COVID-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari. Menurut Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EUROCHAM Malaysia) perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali sewaktu mesyuarat bersama EUROCHAM.

COVID-19 | Sektor pembuatan ditutup jika kes meningkat? Apa impaknya?
Kita bersama Prof Madya Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, PERKESO.

Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar
Ia juga untuk mengelakkan pelajar rasa jemu dan angkat kaki apabila mengikuti PdPR menerusi aplikasi yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala sahaja menyampuk.

Vaksin COVID-19 | Kemungkinan individu dijangkiti semula
Tiga kemungkinan dikenal pasti menyebabkan seseorang yang sudah disuntik vaksin dijangkiti semula virus COVID-19. Dekan Eksekutif Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan, Taylor's University, Professor Emeritus Dr P.T. Thomas menjelaskan, paling utama, ada kemungkinan, individu berkenaan positif virus itu disebabkan vaksin tidak efektif.

Ringkasan Global: Adaptasi digitalisasi, realiti sebenar industri

COVID-19: Tiga kemungkinan mereka yang disuntik masih dijangkiti - Pakar
Paling utama, kata Prof Emeritus Dr PT Thomas, ada kemungkinan vaksin yang disuntik kepada penerima itu adalah tidak efektif.

Politik Tempatan | UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

PKP 2.0: Adakah anda dibenarkan ke pejabat esok? Ini SOP sektor ekonomi
Menurut Datuk Seri Azmin Ali, SOP yang disediakan adalah komprehensif, relevan dan praktikal.

PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Hamzah Zainudin
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, kesemua lantikan dibuat oleh Pengerusi PN itu.

RCEP bukti Malaysia dan rakan perjanjian akan terus perkukuh integrasi serantau
RCEP dapat menyegerakan proses pemulihan ekonomi serantau dan negara kita pasca COVID-19.

Kanak-kanak Rumah Destiny terima kejutan hadiah daripada keluarga Azmin
Keluarga Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membuat kunjungan ke pusat jagaan itu.

COVID-19: Kumpulan pertama bekalan vaksin diperoleh Februari - Azmin
Kerajaan menjangkakan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 untuk Malaysia diperoleh pada Februari.

Malaysia sertai RCEP, buka pasaran kepada sepertiga penduduk dunia - Azmin
Mohamed Azmin mewakili Malaysia menandatangani perjanjian disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Walaupun tumpuan pada cabaran semasa, PN tetap perlu sedia hadapi pilihan raya - Azmin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata persediaan menghadapi pilihan raya adalah penting bagi menzahirkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Belanjawan 2021: Kurang 'umphh', visi selamatkan ekonomi rakyat kurang jelas - Ong Kian Ming
Belanjawan 2021 dilihat tiada visi yang nyata dalam menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi rakyat yang terkesan.

"Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian negatif" - Azmin Ali bebas COVID-19
Azmin membuat pengumuman berkenaan menerusi satu muat naik di laman Facebook peribadinya pada Rabu.

Tak kejar jawatan, dahulukan kepentingan rakyat dan negara - Azmin
Tumpuan pada hari ini adalah untuk membantu rakyat yang sedang berhadapan dengan suasana yang cukup gentir akibat pandemik COVID-19.