Kanak-kanak sembilan tahun antara lapan cedera dalam kemalangan dengan ambulans

Mohd Zamzuri berkata ketika kejadian, tiada pesakit dalam ambulans itu kerana kenderaan berkenaan sedang dalam perjalanan mengambil pesakit di kawasan PPR Gombak Setia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun antara lapan individu cedera dalam kemalangan melibatkan beberapa kenderaan dengan sebuah ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di persimpangan lampu isyarat Jalan Usahawan 6, Setapak di sini pagi ini.
Ringkasan AI
- Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans PBSM di Setapak; kesemua 8 individu cedera termasuk seorang penunggang motosikal patah tulang paha kanan.
- Kemalangan berlaku apabila ambulans melanggar lampu isyarat merah dan bertembung dengan kereta lain; pesakit tidak berada dalam ambulans pada masa kejadian.
- Polis sedang menyiasat kes mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987; saksi diminta melaporkan kepada polis untuk membantu siasatan.
"Seorang penunggang motosikal lelaki berumur 40 tahun mengalami kecederaan patah tulang paha kanan manakala mangsa lain termasuk kanak-kanak terbabit hanya cedera ringan. Kesemua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zamzuri berkata ketika kejadian, tiada pesakit dalam ambulans itu kerana kenderaan berkenaan sedang dalam perjalanan mengambil pesakit di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular satu video kamera papan pemuka berdurasi 36 saat yang sempat merakam kejadian itu dan mamaparkan sebuah ambulans terbabas dan melanggar beberapa penunggang motosikal di persimpangan jalan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


