awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak sembilan tahun jadi mangsa dera diselamatkan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/10/2020
14:27 MYT
Kanak-kanak sembilan tahun jadi mangsa dera diselamatkan
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan berbirat pada belakang badannya dipercayai akibat perbuatan suspek. -PDRM
ALOR GAJAH:Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dipercayai didera bapa angkatnya sejak dua tahun lalu berakhir apabila dia diselamatkan polis, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, tindakan suspek berusia 34 tahun itu terbongkar selepas perbuatannya dilaporkan oleh penduduk sekitar.
Katanya, suspek ditahan di rumahnya Taman Seruling Jaya, Masjid Tanah jam 6 petang tadi dan polis turut merampas getah paip yang dipercayai digunakan untuk mendera kanak-kanak malang itu.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah tinggal bersama suspek dan keluarganya sejak dua tahun yang lalu. Ibu mangsa dipercayai tinggal di Cheras manakala bapa mangsa tidak dapat dikesan.
“Mangsa dikatakan tidak bersekolah dan sering mengadu dipukul oleh bapa angkatnya yang disifatkan sebagai panas baran,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Mengulas lanjut, katanya pemeriksaan mendapati terdapat kesan berbirat pada belakang badannya dipercayai akibat perbuatan suspek.
Katanya, dia dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.
Topic Berkaitan
#mangsa dera
#Kanak-kanak
#Masjid Tanah
#getah paip
#lebam
#birat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan