Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus deras Sungai Bakau di Rawang ditemukan lemas pada Ahad.
Ketua Bomba Daerah Gombak, Samsol Maarif Saibani berkata mangsa Muhd Suhail Fadzli, 11, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa terjatuh.
"Pencarian hari ketiga telah menemukan mangsa. Kita (bomba) telah mendapat maklumat daripada orang awam yang dalam perjalanan ke ladangnya dan ternampak mangsa terdampar di dalam sungai.
"Orang awam itu kemudian memaklumkan kepada pihak bomba di pusat kawalan operasi sebelum kami (bomba) bergegas ke lokasi bagi mengambil mangsa untuk diserahkan kepada keluarga bagi proses pengecaman sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Samsol berkata seramai 40 anggota pelbagai agensi terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berkenaan yang bermula Jumaat lepas.
Terdahulu, Muhd Suhail dikatakan bersama abangnya bermain di kawasan sungai berkenaan yang terletak berhampiran rumah mereka.
Menurut abang mangsa, dia dan adiknya terjatuh ke dalam sungai itu. Namun, dia berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada rumput berhampiran sebelum naik ke tebing.
Bagaimanapun, mangsa yang berpaut pada rumput lain dihanyutkan oleh arus deras.
Abang mangsa terus meminta bantuan seorang lelaki yang menunggang motosikal yang melalui jalan raya berhampiran lokasi terbabit.
Afiezy Azaman
Sun Jun 14 2020
Muhd Suhail yang hilang selepas dihanyutkan arus deras Sungai Bakau di Rawang ditemukan lemas, pada Ahad. -JBPM
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Dua beranak selamatkan lelaki terperangkap dalam kereta dihanyut banjir
Tindakan pantas dua beranak berjaya menyelamatkan seorang penjawat awam yang nyaris dihanyutkan air bersama kereta dipandunya di Kampung Batu 10 berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai hari ini.
Kanak-kanak terjatuh dalam sungai di Rawang ditemukan mati lemas
Muhd Suhail Fadzli, 11 tahun, ditemui oleh orang awam pada 8 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa terjatuh.