awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tertelan dadah masih tidak stabil

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/06/2022
08:28 MYT
Kanak-kanak tertelan dadah masih tidak stabil
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, keadaan kanak-kanak berusia 3 tahun sembilan bulan itu masih tidak stabil dan memerlukan pengawasan pihak doktor. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Kanak kanak yang di dalam tubuhnya mengandungi dadah jenis Metaphitamine masih berada dalam keadaan kritikal dan sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) wad kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, keadaan kanak-kanak berusia 3 tahun sembilan bulan itu masih tidak stabil dan memerlukan pengawasan pihak doktor.
Hasil lawatan dan siasatan dalam kes berkenaan mendapati, kejadian yang berlaku bukan membabitkan pengabaian, sebaliknya, keluarga kanak-kanak malang itu dihimpit pelbagai kekangan termasuk ibunya yang mengidap kanser payudara tahap empat.
“Dalam kes ini, ia bukanlah soal pengabaian, sebaliknya, masalah tekanan hidup. Ibu terpaksa bekerja dan anak-anak tinggal dengan datuk dan nenek yang sudah tua. Inilah perkara yang memerlukan kerjasama masyarakat supaya tak berulang kes seumpama ini.
“Keadaan kanak-kanak ini masih lagi 50-50 dan sama-sama kita berdoa dan tindakan selanjutnya kita lakukan Ops Khas di kawasan kampung itu. Kita telah tangkap sembilan orang pelbagai kesalahan dan merampas kereta yang digunakan bukan bapa saudaranya, tapi bapa sepupunya… kita rampas kereta itu dan ada dadah dalam kereta, jadi kita akan buat siasatan lanjut,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada Selasa.
Muhamad Zaki berkata, dalam Ops khas yang dijalankan awal pagi tadi, polis telah menahan sembilan individu di kawasan Kampung Sri Bintang, Dabong serta merampas sejumlah dadah dan kereta yang dinaiki oleh kanak-kanak berkenaan.
Siasatan awal turut menemui dadah dalam kereta berkenaan.
Setakat ini, laporan doktor mengesahkan badan kanak-kanak itu masih positif dadah.
Namun, jumlah dos yang ada dalam badan mangsa masih belum diketahui kerana analisa lanjut masih dijalankan.
Menurut Muhamad Zaki, pihaknya tidak menolak kemungkinan bapa sepupunya mengambil dadah dan membawa bersama dalam kereta yang dinaiki mangsa.
Siasatan polis juga mendapati kanak-kanak itu ditinggalkan sendirian dalam kereta yang mungkin terdapat lebihan dadah yang digunakan dalam kenderaan itu.
Beliau berkata, itu juga bukan kali pertama mangsa keluar bersama bapa saudaranya, sebaliknya, sudah beberapa kali.
Dalam pada itu, Muhamad Zaki turut menasihati ibubapa supaya mengawasi anak-anak dan persekitaran mereka.
Terdahulu, Muhamad Zaki bersama isteri dan pegawai kanan Polis Kontinjen Kelantan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada ibu kanak-kanak itu, Rohaya Hassan di HRPZ II hari ini.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak tertelan dadah
#budak tiga tahun
#tidak stabil
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan