awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
Insiden Kampung Sungai Baru: Remaja lelaki mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tiga tahun maut selepas ditinggal dalam kereta oleh nenek

Bernama
Bernama
28/04/2021
13:12 MYT
Kanak-kanak tiga tahun maut selepas ditinggal dalam kereta oleh nenek
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya.
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima satu laporan daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes 'Brought In Death' melibatkan kematian seorang kanak-kanak berumur 3 tahun pada 6.41 petang.
Hasil siasatan mendapati pada hari sama, nenek mangsa yang berusia 59 tahun telah membawa mangsa bersama kakak mangsa ke sekolah di sekitar Sungai Tiram lebih kurang 1 tengah hari dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.
Beliau berkata mangsa kemudian ditinggalkan di dalam kereta di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram Johor tanpa disedari oleh nenek mangsa dan enjin kereta turut dimatikan.
Mohd Sohaimi berkata kira-kira 6 petang ibu mangsa menyedari mangsa tiada di dalam rumah dan telah mencari di sekitar kawasan rumah namun tidak menjumpai.
"Nenek mangsa kemudiannya mula menyedari mangsa berada di dalam kereta dan mendapati mangsa telah tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang.
"Hasil bedah siasat oleh doktor di Hospital Sultan Ismail pada Isnin mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera. Doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan 'Heat Stroke Due To Vehicular Entrapment' iaitu strok haba akibat terperangkap di dalam kenderaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kes disiasat menurut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau dengan denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan
#nenek
#Sungai Tiram
#Ulu Tiram
#Polis Daerah Seri Alam
#Perodua Alza
#ditinggal dalam kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan