Insiden Kampung Sungai Baru: Remaja lelaki mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi

Beberapa individu ditahan sebelum ini berhubung kecederaan dialami Sulizmie Affendy semasa rempuhan penduduk di Kampung Sungai Baru, pada 11 September lalu. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan mencederakan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman di Kampung Sungai Baru tiga bulan lalu.
Pengakuan itu dibuat di depan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri.
Berdasarkan pertuduhan, remaja tersebut melakukan kesalahan menghalang penjawat awam itu menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan pada jam lebih kurang 10.50 pagi hingga 11.14 pagi di Jalan Datuk Abdul Malik, Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu.
Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan tujuan menakutkan Sulizmie yang menjalankan kewajipannya pegawai pemerintah ketika itu.
Remaja itu dituduh melakukan kesalahan di bawah bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.
Remaja itu dibenarkan ikat jamin RM500, walau bagaimanapun perlu mengemukaan laporan akhlak kepada mahkamah.
Dalam pada itu, enam lagi individu mengaku bersalah di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan kerana menyertai himpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang proses notis pengosongan rumah di kawasan berkenaan.
Enam individu berkenaan adalah Mohd Sopirman Mohd Yunus (31); Muhammad Redzuan Kamal Abdul Rahman (19); Muhammad Fallah Islahudden Shah Abdul Fattah (20); Muhammad Azhar Salleh.
Empat individu itu didenda RM3,500 manakala dua remaja bawah umur diperintah mengemukakan laporan akhlak.
Selain itu, seorang tertuduh, Ariffin Abu Bakar, 55 tahun tidak mengaku bersalah terlibat dalam himpunan kekecohan tersebut.
Sehubungan mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM2,800.
Tertuduh kelapan, Zaharudin Muhammad, 50 dimaklumkan tidak hadir ke mahkamah hari ini.
Terdahulu, kes tersebut diwakili oleh Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham.
Tarikh sebutan seterusnya adalah 4 Febuari nanti.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa individu ditahan berhubung kecederaan dialami Sulizmie Affendy semasa rempuhan penduduk di Kampung Sungai Baru, pada 11 September lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


