JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah kediaman di Taman Skudai, di sini, Ahad malam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan itu polis hari ini menahan lelaki tempatan berusia 28 tahun yang juga rakan bapa mangsa, serta pembantu rumahnya, wanita warga asing berusia 40 tahun.
Katanya, kedua-dua mereka dipercayai menjadi pengasuh kanak-kanak terbabit.
Beliau berkata, polis menerima aduan mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 11 malam Ahad.
"Aduan itu dibuat bapa mangsa, sejurus dia dimaklumkan mengenai perkara terbabit daripada suspek lelaki sendiri.
"(Berdasar siasatan awal) mangsa yang sepatutnya dijaga oleh pengasuh telah diabaikan dan (suspek) telah menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematiannya.
"Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika hadir ke lokasi kejadian, malam ini.
Tambah kamarul, pemeriksaan awal menemui kesan lebam dan luka pada badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.
Menurut beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Muhammad Aiman Hakeem
Mon Oct 03 2022

Kamarul Zaman (empat dari kiri) meninjau lokasi kejadian di Taman Skudai, malam ini. - Gambar/ Astro AWANI

Tujuh lagi pemain 'Malaysian Abroad' bakal perkuat Harimau Malaya - TMJ
Tunku Ismail berkata, tujuh lagi pemain baharu bakal diserap masuk dalam skuad Harimau Malaya selepas tiga yang dipanggil bagi aksi berdepan Nepal.

Tesla akan dilancar di Arab Saudi
Ia menandakan pemulihan hubungan antara ketua pegawai eksekutifnya, Elon Musk dan kerajaan negara.
Datuk Bandar interim dilantik ganti Imamoglu
Susulan pemenjaraan Ekrem Imamoglu atas tuduhan rasuah, majlis perbandaran Istanbul melantik Nuri Aslan sebagai datuk bandar interim, mencetuskan krisis politik baharu di Turki.
Macron umum RM10 bilion bantuan senjata ke Ukraine
Presiden Emmanuel Macron mengumumkan bantuan ketenteraan tambahan bernilai €2 bilion (kira-kira RM10.2 bilion) kepada Ukraine termasuk peluru berpandu, dron dan jet Mirage, sambil mengkritik sikap Rusia terhadap rundingan damai.
NATO masih penting, bukan masa bertindak solo - Rutte
Mark Rutte menggesa Amerika dan Eropah kekal bersatu dalam NATO, sambil memberi amaran bahawa cabaran keselamatan global terlalu besar untuk ditangani secara bersendirian.
[TERKINI] Trump umum tarif automotif sebanyak 25%
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangka mengumumkan pelaksanaan tarif ke atas import automotif pada sidang media, Pada Rabu.

AS akan ada 'perjanjian' untuk kekalkan akses kepada TikTok atau tangguh larangan
White House sedia untuk mempertimbangkan pengurangan tarif jika Beijing dapat menyelesaikan isu TikTok, kata Presiden AS.
Polis siasat insiden jurujual kedai minuman dimaki hamun
Insiden membabitkan seorang pekerja wanita di sebuah kedai ais krim dan minuman menjadi mangsa ugutan dan maki hamun oleh seorang pelanggan sedang disiasat pihak polis.
Kejadian berlaku semasa transaksi pembayaran, di mana perselisihan faham mengenai duit syiling 50 sen menyebabkan pelanggan bertindak kasar.
Kes disiasat mengikut beberapa seksyen Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kejadian berlaku semasa transaksi pembayaran, di mana perselisihan faham mengenai duit syiling 50 sen menyebabkan pelanggan bertindak kasar.
Kes disiasat mengikut beberapa seksyen Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
24 lagi rakyat Malaysia terlibat sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar tiba di tanah air
Seramai 24 warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar telah selamat tiba di ICQS Bukit Kayu Hitam dan diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut.
Anwar 'penjual terbaik' produk negara - Pengerusi FELDA
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'penjual terbaik' Malaysia bagi memasarkan produk negara di peringkat antarabangsa seterusnya mendapat permintaan tinggi.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

Lelaki didakwa bunuh anak asuhan isteri
Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak asuhan isterinya, Isnin lalu.

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan anak tiri
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tirinya, pertengahan bulan ini.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.

Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.

Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.

Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.

Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.

Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun