KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera dijumpai duduk bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran Pangsapuri Cheras Utama, Batu 9, Cheras, di sini, dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak dianggar berusia empat tahun dan tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan itu ditemukan seorang lelaki pada 11.30 malam tadi.
Beliau berkata bertindak atas laporan, sepasukan polis tugas Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Batu 9 telah menuju ke lokasi untuk pemeriksaan.
"Kanak-kanak itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan terhadapnya gagal menemukan sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.
"Pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian badan, tangan, jari dan dahi mangsa. Polis mengesyaki mangsa bukan warga tempatan kerana tiada sebarang kesan suntikan vaksin di bahunya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu dirawat di Hospital Kajang dan pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan keadaannya sihat dan stabil.
Beliau berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke mana-mana balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395," katanya sambil menambah kanak-kanak itu telah dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Kanak-kanak dianggar berusia empat tahun dan tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan itu ditemukan seorang lelaki pada 11.30 malam tadi. - Gambar/ TikTok @d_barohgaragemotorsports
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.
Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah stesen MRT.
Wanita jalani pembedahan plastik cuba lari dari hospital
SEORANG wanita menimbulkan kekecohan selepas cuba melarikan diri di sebuah hospital kecantikan swasta di Istanbul, Turkiye.
Kes tular: Gaduh dalam restoran, 4 rakan sekerja didenda RM1,000
Empat rakan sekerja yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial baru-baru ini, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret.
Pelajar merokok dalam tandas calon SPM, telah dibuang sekolah
Pelajar yang tertangkap merokok di tandas di sebuah sekolah di sini pada Isnin, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengambil peperiksaan.