awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 8 tahun dipercayai dirogol ahli keluarga pengasuh

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
15/11/2016
09:28 MYT
Kanak-kanak 8 tahun dipercayai dirogol ahli keluarga pengasuh
Ibu mangsa telah membawa anaknya itu berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan telah dinasihatkan membuat laporan polis. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dihantar ke rumah pengasuhnya dipercayai telah dirogol remaja lelaki berusia sekitar 17 tahun di Taman Desa Lang Indah di sini, pada awal November.
Difahamkan, remaja lelaki tersebut merupakan ahli keluarga pengasuh berkenaan dan insiden itu hanya diketahui oleh ibu kanak-kanak berkenaan beberapa hari selepas insiden.
Menurut sumber, anak perempuannya itu telah pulang ke rumah ibunya dan memberitahu bahawa dia berasa sakit di bahagian kemaluannya.
‎Ibunya telah membawa anaknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan telah dinasihatkan membuat laporan polis.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak masih bayi dan berada di bawah jagaan pengasuh berkenaan ketika insiden itu berlaku.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
"Pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan" katanya kepada Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#cabul kanak-kanak
#Kanak-kanak
#kes jenayah
#laporan polis
#pengasuh
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan