KUALA LUMPUR: Kanak-kanak bawah 18 tahun yang dijangkiti COVID-19 boleh mengalami Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) iaitu keadaan kritikal yang boleh berlaku apabila terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru dan otak.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, sebanyak 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19 dengan mereka yang berusia bawah setahun melibatkan 24 kes, 1 hingga bawah 5 tahun (38 kes), 5 hingga bawah 9 tahun (64 kes), 9 hingga bawah 12 tahun (36 kes) dan 12 tahun ke atas (11 kes).
"Sehingga kini, tujuh kes (4 peratus) kematian kanak-kanak telah disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan COVID-19. Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-COVID (sindrom COVID-19 selepas fasa akut jangkitan)," katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, hari ini.
Beliau berkata kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma dan obesiti.
Memandangkan kanak-kanak kini merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19, beliau berkata antara kaedah utama bagi mengurangkan risiko berkenaan adalah dengan kawalan kendiri dan vaksinasi.
Dr Noor Hisham berkata vaksin COVID-19 Comirnaty(R) (Pfizer-BioNTech) telah diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia dan daripada kajian klinikal, keberkesanannya adalah sebanyak 91 peratus serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.
Katanya, ini dapat mengurangkan risiko penyakit COVID-19 yang serius.
"Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun ini adalah tepat pada masanya untuk melindungi kumpulan ini khususnya kanak-kanak yang mempunyai komorbid. Kanak-kanak golongan umur 5 hingga 11 tahun perlu diberi dua dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pola penggunaan katil harian pesakit COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun semakin meningkat berikutan kenaikan kes jangkitan virus itu di dalam negara dengan peningkatan dilihat lebih ketara pada Februari 2022 terutama bagi kategori dua hingga lima.
Katanya, bermula awal Januari hingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 50,826 orang.
Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 15,817 merupakan kategori satu, 34,857 kategori dua, 120 kes (kategori tiga), 28 kes (kategori empat) dan empat kes (kategori lima).
Katanya, pola penggunaan katil harian pesakit COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak remaja berusia 11 hingga 17 tahun juga meningkat.
Beliau berkata ini mungkin disebabkan oleh penularan varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan semalam negara merekodkan 28,825 kes baharu iaitu tertinggi setakat ini, manakala 18,514 kes sembuh dilaporkan.
Daripada 28,825 kes itu, hanya 95 kes adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya terdiri daripada kategori satu serta dua.
"Daripada 95 kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima yang baru dilaporkan semalam, 28 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 49 kes telah menerima dua dos vaksin, 18 kes telah menerima dos penggalak, 41 kes berumur 60 tahun ke atas dan 48 kes mempunyai komorbid, manakala tiada kes ibu mengandung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022

Kata Dr Noor Hisham, sehingga kini, tujuh kes (4 peratus) kematian kanak-kanak telah disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan COVID-19. - Foto BERNAMA
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)
Qatar nafi cuba pengaruhi Trump melalui tawaran jet mewah
Penafian itu dibuat sehari selepas senat Amerika Syarikat membentangkan rang undang-undang menghalang mana-mana pesawat asing daripada digunakan sebagai Air Force One.
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
[TERKINI] UK gantung rundingan perdagangan dengan Israel
Setiausaha Luar, David Lammy mengumumkan pada Selasa Britain menghentikan rundingan perdagangan bebas dengan Israel, susulan tindakan kejam rejim zionis di Gaza.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Pengunjung teruja saksikan aksi pembukaan yang memukauV
Hampir 300 pengunjung menjadi saksi persembahan memukau di langit Pulau Langkawi sempena penganjuran LIMA'25 kali ini.

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 perlu divaksin elak keradangan organ - Dr Noor Hisham
Sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, sebanyak 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19.