awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
Iran utamakan diplomasi dalam penyelesaian isu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dikelar di Parit Raja selesai jalani pembedahan, keadaan stabil - Polis

Bernama
Bernama
28/10/2025
08:01 MYT
Kanak-kanak dikelar di Parit Raja selesai jalani pembedahan, keadaan stabil - Polis
Menurut ACP Shahrulanuar Mushaddat, mangsa masih berada di Hospital Sultanah Nora Ismail bagi mendapatkan rawatan lanjut. - Gambar fail
BATU PAHAT: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher dipercayai dengan pisau di kediamannya di Parit Raja di sini semalam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa masih berada di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau berkata kanak-kanak itu juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan mangsa masih belum pulih sepenuhnya.
"Kita masih menjalankan siasatan dengan terperinci bagi mengenal punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa ditemukan dengan kesan kelar di lehernya dan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada kira-kira 9 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lelaki dikelar leher
#Hospital Sultanah Nora Ismail
#Seksyen 326 Kanun Keseksaan
#Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan