awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta

Bernama
Bernama
20/12/2025
07:45 MYT
Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan
TANGKAK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dilanggar ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata siasatan awal oleh pihaknya mendapati ketika kejadian pada 8.15 pagi itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun sedang mengubah kedudukan kenderaan jenis Suzuki Swift di kawasan garaj rumahnya.
Beliau berkata pada masa yang sama, secara tiba-tiba kanak-kanak berkenaan keluar dari dalam rumah dan terus menuju ke belakang kereta.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar pada 7.30 malam.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#bapa langgar anak
#kanak-kanak dilanggar kereta
#undur kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan