awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun terperangkap dalam kereta bapa

Bernama
Bernama
03/07/2017
00:44 MYT
Kanak-kanak dua tahun terperangkap dalam kereta bapa
Anggota bomba terpaksa memecahkan cermin sisi bahagian belakang kenderaan menggunakan peralatan khas apabila usaha membuka pintu kenderaan berkenaan gagal. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terperangkap lebih satu jam di dalam kenderaan milik bapanya di Jalan Tepi Sungai di sini, selepas tertekan punat kunci pintu dalam kenderaan itu.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Mohd Fauzi Ramli dalam satu kenyataan berkata dalam kejadian 11.15 pagi Ahad, kanak-kanak itu dipercayai memasuki kenderaan yang diletakkan di perkarangan rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya.
"Difahamkan ketika kejadian, kedua ibu bapa mangsa sedang bersiap di dalam rumah untuk keluar ke majlis jamuan hari raya sebelum menyedari anak mereka terperangkap di dalam kenderaan jenis Audi terbabit.
Sejurus menyedari kanak-kanak itu terperangkap, bapa mangsa menghubungi pihak bomba dan sepasukan anggota bomba tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun anggota bomba terpaksa memecahkan cermin sisi bahagian belakang kenderaan menggunakan peralatan khas apabila usaha membuka pintu kenderaan berkenaan gagal.
"Pada mulanya bomba cuba membuka pintu kereta itu namun usaha hampir setengah jam itu gagal dan kanak-kanak tersebut mula panik dan menangis... bagi mengelakkan perkara tidak dingini cermin kereta terpaksa dipecahkan," katanya.
Mohd Fauzi berkata kanak-kanak itu kemudian berjaya dikeluarkan daripada kereta berkenaan kira-kira pukul 12.52 tengah hari tanpa sebarang kecederaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#kereta
#terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan