awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium

Bernama
Bernama
22/03/2024
16:11 MYT
Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium
A.A Anbalagan berkata mangsa merupakan warga Yaman dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu. - Gambar fail/Bernama
SERDANG: Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata mangsa merupakan warga Yaman dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.
"Pengawal keselamatan itu melihat baju dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Anbalagan berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama.
Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.
"Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#mangsa terapung
#patah kaki
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan