awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak mati disyaki didera: Ibu, teman lelaki direman hingga Ahad

Bernama
Bernama
01/08/2023
08:06 MYT
Kanak-kanak mati disyaki didera: Ibu, teman lelaki direman hingga Ahad
Mangsa dilaporkan didera sejak Mac dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Seorang wanita dan teman lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas direman selama tujuh hari bermula semalam.
"Reman tujuh hari hingga Ahad ini, kemudian bedah siasat akan dibuat hari ini," kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah hasil maklumat orang awam yang melaporkannya kepada polis kira-kira pukul 11 pagi.
Hasil siasatan awal pihak forensik di tempat kejadian mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa terbabit.
Polis kemudian menahan ibu mangsa dan teman lelaki yang masing-masing berumur 36 tahun dan 30-an yang turut tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mangsa dilaporkan didera sejak Mac dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak didera
#kanak-kanak mati
#wanita direman
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan