awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan dua tahun maut, bapa cedera ditembak - Polis

Bernama
Bernama
20/11/2015
05:34 MYT
Kanak-kanak perempuan dua tahun maut, bapa cedera ditembak - Polis
Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar Fail
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut manakala bapanya cedera parah ditembak individu tidak dikenali di Jalan Besar, Pekan Semenyih malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, kanak-kanak berkenaan terkena tembakan di kepala manakala bapanya yang berusia 30-an ditembak di leher.
"Kedua-dua mangsa ditembak ketika berada di depan sebuah bank," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang oleh orang awam.
Beliau berkata kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di hospital Kajang manakala bapanya dilaporkan kritikal.
Beliau berkata motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Ujang, 29, berkata beliau terdengar bunyi tembakan dan melihat dua beranak itu terbaring di tepi jalan.
Katanya, kejadian berlaku secara pantas dan orang ramai tidak sempat melihat kelibat suspek yang melepaskan tembakan.
"Saya tidak tahan sedih melihat kepala kanak-kanak itu yang berlubang pada bahagian kanan kepala akibat ditembak dan segera menghubungi polis dengan tangan saya menggigil," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Hospital Kajang
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#tembakan
#Ujang
#Willey Richard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan