awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kantoi aksi curi dirakam CCTV

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2021
03:22 MYT
Kantoi aksi curi dirakam CCTV
Video berdurasi dua minit 50 saat itu menunjukkan seorang lelaki memakai pelitup muka memasukkan barang dicuri ke dalam beg sandang dan poket kiri serta kanan seluar. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri barang di sebuah premis barangan kecantikan dan kesihatan di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.50 petang.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mendapati seorang lelaki dipercayai mengambil barang dan memasukkan ke dalam beg sandangnya.
"Salah seorang pekerja cuba mengejar tetapi gagal menangkap suspek tersebut," katanya menerusi status di Facebook rasmi IPD Kuala Selangor pada Sabtu.
Kenyataan itu memberitahu, sehingga kini, polis masih berusaha mengesan suspek terlibat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32813853," katanya.
Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu menunjukkan seorang lelaki memakai pelitup muka memasukkan barang dicuri ke dalam beg sandang dan poket kiri serta kanan seluar.
Bagaimanapun tindakan lelaki itu dirakam CCTV premis berkenaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#curi
#barang kecantikan
#kesihatan
#CCTV
#rakaman kamera litar tertutup
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan