awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai

Agensi
Agensi
01/01/2019
23:03 MYT
Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai
NASA berharap misi di Kuiper Belt dan Ultima Thule itu mampu merungkai misteri kewujudan sistem solar dan planet. - Foto Fail
KETIKA penduduk bumi meraikan ketibaan tahun baharu 2019, kapal angkasa NASA, New Horizon berjaya menghantar isyarat pertama ke bumi selepas berjaya sampai ke satu batu angkasa berais di hujung sistem solar.
Batu angkasa berais dinamakan Ultima Thule itu, kelihatan seakan kacang, terletak di tengah-tengah Kuiper Belt di sekeliling orbit planet Neptun.
Kedudukan Ultima Thule dalam sistem solar
Kedudukan Ultima Thule dalam sistem solar
Reuters melaporkan, New Horizon yang dilancarkan pada 2006 itu mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer untuk berada hampir dengan Ultima Thule pada jarak 3,540 kilometer.
Jurutera di Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory di Maryland teruja dengan pencapaian itu selepas mengetahui kapal angkasa itu berjaya beroperasi ke ufuk paling jauh pernah diterokai ahli angkasa.
NASA berkata, kapal angkasa dengan sumber tenaga nuklear itu dijangka menghantar isyarat baharu beberapa hari akan datang.
New Horizon itu membawa misi ke pinggir sistem solar dengan tujuan mengkaji planet Pluto serta lima Bulan yang mengelilingi planet itu.
Pada 2015 ketika misi melintasi planet Pluto, New Horizon berjaya membuktikan saiz planet Pluto adalah lebih besar dari yang dibayangkan selama ini.
Ia kemudian meneruskan pengembaraan sejauh 1.6 bilion kilometer melepasi Pluto untuk misi kedua di kawasan Kuiper Belt.
NASA berharap misi di Kuiper Belt dan Ultima Thule itu mampu merungkai misteri kewujudan sistem solar dan planet.
Topic Berkaitan
#Angkasa Lepas
#batu angkasa
#Bumi
#kapal angkasa
#Kuiper Belt
#Misi angkasa lepas
#NASA
#Neptun
#Planet
#Pluto
#Sistem solar
#Ultima Thule
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan