NATIONAL
Kapal bawa 150,000 liter petrol ditahan di perairan Sandakan

Sebuah kapal barge (tongkang) yang membawa 150,000 liter minyak petrol tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Sandakan, kira-kira 9.5 batu nautika dari barat laut Tanjung Bidadari, pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Sebuah kapal barge (tongkang) yang membawa 150,000 liter minyak petrol tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sandakan, kira-kira 9.5 batu nautika dari barat laut Tanjung Bidadari, pada Rabu lalu.
Ringkasan AI
- Sebuah kapal barge yang membawa 150,000 liter minyak petrol tanpa kebenaran bertulis telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sandakan, kira-kira 9.5 batu nautika dari Tanjung Bidadari. Penahanan dilakukan oleh KM PERINGGI semasa rondaan operasi pada jam 5.15 petang Rabu lalu. Kapal tersebut dikendalikan oleh lima krutiga warga Malaysia dan dua warga Filipinayang memiliki dokumen pengenalan diri sah, namun tidak mempunyai dokumen sah bagi membawa minyak petrol, dipercayai melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961. Kapal bersama kru ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut. Maritim Malaysia menegaskan komitmen membanteras penyeludupan serta menyeru orang awam menyalurkan maklumat jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau pusat operasi tempatan.
"Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat awak-awak, terdiri daripada tiga warga Malaysia dan dua warga Filipina berusia antara 22 hingga 64 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, kesemua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, namun pemeriksaan lanjut mendedahkan kapal itu membawa muatan disyaki minyak petrol sebanyak kira-kira 150,000 liter tanpa sebarang dokumen kebenaran bertulis yang sah, dipercayai melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Kapal bersama kru telah ditahan di lokasi kejadian dan seterusnya diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut," ujarnya.
Suhairy berkata, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan tindakan penguatkuasaan di perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan bahan kawalan serta pelanggaran undang-undang.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan secara haram,” tegas Suhairy.
Orang awam diseru menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim atau kecemasan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami