awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal kargo hanyut: 'Tiada pencemaran berlaku' - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
03/02/2024
06:15 MYT
Kapal kargo hanyut: 'Tiada pencemaran berlaku' - Nik Nazmi
Nik Nazmi (foto) berkata kapal itu tersadai kira-kira 15 meter berpunca daripada tali sauh kapal terputus akibat cuaca buruk yang berlaku pada 24 Jan di kawasan perairan Kemaman, Terengganu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melakukan pemantauan berterusan terhadap Kapal Atosa 01 yang hanyut dari kawasan labuhan Kemaman di Pantai Chendor, Kuantan, Pahang pada 30 Jan lepas sehingga hari ini dan mendapati tiada sebarang pencemaran berlaku.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kapal itu tersadai kira-kira 15 meter berpunca daripada tali sauh kapal terputus akibat cuaca buruk yang berlaku pada 24 Jan di kawasan perairan Kemaman, Terengganu.
Beliau berkata pihaknya melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima maklumat berhubung perkara berkenaan daripada Pejabat Laut Kemaman pada 10 pagi Selasa lepas.
"Kapal ini merupakan kapal kargo kering berdaftar di Freetown, Sierra Leone.
"Semasa kejadian, tiada sebarang kargo atau muatan di atas kapal, namun masih terdapat lebih kurang 18 tan minyak diesel yang berpotensi menyebabkan berlakunya tumpahan minyak.
"Tiga kru yang masih berada di atas kapal semasa kejadian telah terjun ke laut bagi menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata status kapal berkaitan adalah dalam tahanan Jabatan Laut Wilayah Timur melalui Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Okt 2023.
Justeru, JAS telah meminta Jabatan Laut Malaysia (JLM) untuk menunda kapal terbabit ke kawasan labuhan Kemaman dan oil boom perlu dipasang sebagai langkah kawalan pencemaran minyak sekiranya berlaku tumpahan.
JAS menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] menerusi portal e-aduan JAS https://eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Atosa 01
#Kapal kargo hanyut
#Pantai Chendor
#tali sauh kapal terputus
#Nik Nazmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan