awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 32 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal kargo kandas selama dua jam di Terusan Suez berjaya diapungkan

Bernama
Bernama
06/03/2023
02:57 MYT
Kapal kargo kandas selama dua jam di Terusan Suez berjaya diapungkan
Kapal kargo MSC-ISTANBUL yang berjaya diselamatkan SCA pada Ahad selepas terkandas di Terusan Suez. - Foto Twitter SuezAuthorityEG
KAHERAH: Sebuah kapal kargo telah diapungkan semula selepas terkandas di Terusan Suez Mesir selama dua jam, menurut Penguasa Terusan Suez (SCA) pada Ahad.
Jurucakap SCA George Safwat berkata empat bot tunda SCA berjaya mengapungkan kapal kargo MSC-ISTANBUL yang terkandas semasa menyeberang dari selatan ke utara, lapor Xinhua.
Terdahulu, Pengerusi SCA Osama Rabie berkata insiden itu tidak menjejaskan pergerakan pelayaran di Terusan Suez.
Rabie berkata SCA mempunyai kepakaran menyelamat dan keupayaan navigasi serta teknikal untuk menangani kecemasan secara profesional.
Terusan Suez telah menyaksikan beberapa kejadian sama berlaku. Sebelum ini pada Mac 2021 kapal kargo gergasi Ever Given terkandas selama enam hari dan telah mencetuskan gangguan terhadap perdagangan global.
Sejak insiden Ever Given, SCA telah menaik taraf dan mendalamkan laluan terusan.
Terusan Suez yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah dibuka secara rasmi untuk pelayaran antarabangsa pada tahun 1869.
Sejak dibuka terusan itu berfungsi sebagai laluan utama untuk perdagangan laut global kerana ia membolehkan kapal melakukan perjalanan antara Eropah dan Asia Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal kargo kandas
#Terusan Suez
#Mesir
#laluan utama perdagangan laut global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan