awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/06/2024
05:55 MYT
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Proses ujian pemasangan sistem dan peralatan sedang berlangsung dan dijangka selesai tahun hadapan. - Gambar/ Bernama
LUMUT: Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.

Ringkasan AI
  • Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama diluncurkan di Lumut Naval Shipyard pada 23 Mei lalu untuk menguji kestabilan dan keutuhannya.
  • Proses ujian pemasangan sistem dan peralatan sedang berlangsung dan dijangka selesai tahun hadapan, dengan ujian pelabuhan pada Disember dan ujian laut selepas itu.
  • Kapal pertama akan diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, manakala pembinaan kapal-kapal lain mengikut jadual yang dirancang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluncuran itu adalah untuk menguji kestabilan dan keutuhan kapal.
Menurutnya, kapal itu kini sedang dan akan menjalani proses ujian pemasangan sistem serta peralatan yang mengambil masa sehingga tahun hadapan.
"Dalam bulan Disember akan dilakukan harbour trial (ujian pelabuhan) dan selepas semua perkakas dipasang, maka akan dilakukan sea trial (ujian di laut).
"Kalau ikut perancangan, kapal yang pertama akan diserahkan kepada pihak TLDM pada bulan Ogos 2026, insya-Allah.
"Bagi kapal-kapal yang lain... kapal kedua, ketiga, keempat... pembinaannya telah pun capai ikut perancangan, ada yang 60 peratus, ada yang 50 peratus dan sebagainya. Sehinggalah kapal yang kelima, insya-Allah ia mengikut progress sebagaimana yang telah dirancangkan," katanya.
Beliau ditemui sempena Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Jelasnya, proses ujian itu mengambil masa yang panjang kerana kapal yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 120 anggota itu akan digunakan untuk memikul tanggungjawab besar.
Sehubungan itu, segala ujian yang dibuat adalah untuk memastikan ia benar-benar selamat, sesuai dengan tugasannya untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
Topic Berkaitan
#LCS
#status pembinaan terkini
#Mohamed Khaled Nordin
#ujian air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan