SHAH ALAM: Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan jangka hayat kapasiti keseluruhan empangan juga boleh bertahan sekitar dua hingga enam bulan tanpa hujan.
"Selain itu, kapasiti kolam sumber air alternatif 34 meter padu yang melibatkan 100 kolam takungan juga boleh bertahan sekitar tiga bulan sekiranya tiada hujan.
"Keseluruhannya, tempoh ketahanan sumber air mentah di Selangor adalah sekitar sembilan bulan tanpa hujan," menurut hantaran itu.
LUAS memaklumkan paras aliran sungai semasa di seluruh 34 muka sauk loji rawatan air (LRA) di seluruh negeri juga berada pada paras normal.
Pembangunan kolam takungan air serta sumber air mentah menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) juga membantu meningkatkan rizab simpanan air mentah daripda enam bulan kepada sekurang-kurangnya sembilan bulan simpanan, menurut LUAS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Israel dakwa bunuh komander tertinggi Hezbollah, Ibrahim Aqil
Ibrahim didakwa maut bersama-sama anggota kanan unit elit Hezbollah yang lain dalam serangan udara pada Jumaat.
Eksport lada Malaysia bernilai RM86.4 juta sehingga Julai tahun ini - Chan
Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Jabatan Muzium Malaysia terima Koleksi Set Tagung Kadazan berusia lebih 100 tahun
Jabatan Muzium Malaysia pada Jumaat menerima sumbangan Koleksi Set Tagung Kadazan daripada Pertubuhan Kadazan Sabah yang terdiri lapan koleksi seperti set tagung, gendang dan satu set kulintangan.
Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.
Trafik penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang pada Ogos naik 25 peratus
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024.
Malaysia seperti negara ASEAN lain terus kukuhkan pendirian neutral, tarik pelaburan, perdagangan ke rantau itu
Malaysia seperti negara-negara ASEAN lain akan terus mengukuhkan pendirian neutral supaya lebih banyak pelaburan dan perdagangan akan mengalir ke blok itu.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Suruhanjaya Tenaga keluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk CRESS - PETRA
PETRA berkata, mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun garis panduan CRESS melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga.
Kenanga kekal unjuran pertumbuhan eksport 2024 pada 7.3 peratus
Kenanga Investment mengekalkan prospek pertumbuhan eksport yang positif dengan mengunjurkan kadar pertumbuhan pada 7.3 peratus tahun ini berdasarkan petunjuk semasa.
PM Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.