awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapasiti jemaah solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan ditingkatkan - JAWI

Bernama
Bernama
04/02/2021
13:34 MYT
Kapasiti jemaah solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan ditingkatkan - JAWI
Perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah berkenaan adalah bagi kesemua Wilayah Persekutuan iaitu KL, Putrajaya dan Labuan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat fardu kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid, dewan solat utama, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa esok.
Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataannya hari ini, berkata aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
"Semua ketetapan ini berkuat kuasa bermula dengan solat Jumaat pada 5 Feb tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Mohd Ajib berkata perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah berkenaan adalah bagi kesemua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Perluasan itu adalah berdasarkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Mohd Ajib turut mengajak umat Islam untuk berdoa dan bermunajat agar penularan wabak COVID-19 dalam negara segera berakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
#Wilayah Persekutuan
#Solat Jumaat
#solat fardu
#jemaah
#Mohd Ajib Ismail
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan