Kapasiti prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi akan dipertingkatkan lagi bagi menampung pertambahan jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Johari Abdul Ghani.
Katanya jumlah pelancong ke Langkawi telah mencecah 3.6 juta orang tahun lepas dan angka ini dijangka akan meningkat lagi tahun ini yang memerlukan kemampuan lapangan terbang itu ditambah lagi.
"Sebagai Pengerusi LADA, saya akan memastikan Langkawi akan mendapat peruntukan yang mencukupi untuk menambahkan lagi kapasiti lapangan terbang ini," katanya semasa merasmikan pembukaan Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) ke-42 di sini malam tadi.
Johari yang juga Menteri Kewangan II juga berkata beberapa buah jeti utama yang menjadi pintu keluar masuk pelancong ke pulau ini dan pulau-pulau yang berdekatan juga akan diperbaiki bagi tujuan yang sama.
"Sebanyak 14 tapak tanah juga telah dikenal pasti dan akan dipromosikan khususnya kepada pelabur-pelabur antarabangsa bagi pembangunan infrastruktur pelancongan," katanya.
Menyentuh mengenai PSKK, Johari berkata pesta sukan yang bermula sejak 1974 ini bermatlamat untuk memupuk semangat kerjasama antara kesemua agensi di bawah Kementerian Kewangan demi memastikan kelancaran perancangannya.
"Perancangan ini bukan sahaja memerlukan penjawat yang berkelayakan dan berkemahiran tetapi juga sentiasa sihat dan cergas agar mampu menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.
Lebih 2,300 anggota dari 13 buah agensi di bawah kementerian itu mengambil bahagian dalam pesta sukan selama seminggu yang melibatkan 12 jenis acara sukan. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2016
Jumlah pelancong ke Langkawi mencecah 3.6 juta orang tahun lepas dan angka ini dijangka akan meningkat lagi tahun ini yang memerlukan kemampuan lapangan terbang itu ditambah lagi. -Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Najib letak jawatan sebagai Pengerusi Khazanah Nasional
Khazanah Nasional telah mengumumkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat pelaburan tersebut.
Kastam lancar program pematuhan GST
Program itu bagi membantu memastikan kelancaran penguatkuasaan GST di negara ini.
Kapasiti lapangan terbang Langkawi akan ditambah - Johari
Kapasiti prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi akan dipertingkatkan lagi bagi menampung pertambahan jumlah pelancong.