BENCANA banjir yang melanda seluruh negara terutama di Lembah Klang ketika ini menjejaskan puluhan ribu mangsa yang mana ia bukan sahaja memusnahkan harta benda malah banyak nyawa yang melayang.

Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) yang merupakan perintis koperasi pelaburan di Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap kesemua mangsa yang terlibat dalam bencana yang melanda negara ketika ini.

KAPB yang ditubuhkan sejak 2014, menerusi Pengerusi Eksekutif dan Pengasasnya, Datuk Ilyas Mohamed sentiasa prihatin terhadap permasalahan serta musibah yang menimpa ahli-ahlinya.

Justeru, atas sikap kemanusiaan dan rasa prihatin, KAPB berbesar hati terpanggil untuk menawarkan bantuan kepada ahli-ahli KAPB yang terjejas dalam bencana ini bagi meringankan beban mereka.

Untuk itu, ahli-ahli yang terjejas dan menjadi mangsa bencana banjir kali ini boleh menghubungi talian 03-2711 0050 atau 03-2711 0051 atau melayari laman web http://www.kapb.com.my/ .

Sebagai rekod, KAPB mempunyai lebih 7,000 ahli setakat ini.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli atau sebarang pertanyaan berkenaan KAPB boleh menghantar ke e-mel  [email protected] atau melayari pautan http://online.kapb.com.my/registration1.asp untuk membuat pendaftaran terus.