awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapten baru yakin Real Madrid akan menang sesuatu

Astro Arena
Astro Arena
11/07/2021
01:15 MYT
Kapten baru yakin Real Madrid akan menang sesuatu
Marcelo dinamakan sebagai kapten baru skuad kendalian Carlo Ancelotti itu. - Stadium Astro
MARCELO yakin Real Madrid akan kembali memenangi trofi dalam musim baru ini selepas dia dinamakan sebagai kapten baru skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.
Pertahanan kiri Brazil itu mengambil tanggungjawab berkenaan daripada Sergio Ramos -- yang memilih untuk meninggalkan pasukan gergasi LaLiga itu untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) -- dan berasakan dirinya 'amat-amat bertuah' untuk memakai lilitan lengan dalam perlawanan mendatang.
Pada usia 33 tahun, Marcelo berharap dapat menjadi tonggak utama di bawah kendalian jurulatih Itali, Ancelotti, yang kembali ke Santiago Bernabeu bagi menggantikan Zinedine Zidane selepas kempen hambar musim 2020-21.
Marcelo berkata: "Kami sedar betapa sukarnya untuk menempuh satu musim tanpa memenangi sebarang gelaran tetapi kami telah berjuang sehingga ke penghujung musim itu.
"Saya pasti kami akan memenangi sesuatu. Saya berasa amat gembira, kami masih mempunyai pemain yang akan kembali daripada tugasan antarabangsa atau daripada bercuti tetapi kami amat bermotivasi untuk memulakan musim ini.
"Ia merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab yang amat besar untuk menjadi kapten kelab terhebat di dunia ini. Saya benar-benar amat bertuah," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Real Madrid
#Marcelo
#Carlo Ancelotti
#kapten
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan