awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco

Bernama
Bernama
23/12/2025
03:15 MYT
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Shanmugam berkata kerajaan negeri akan meneruskan penganjuran Sukan Melaka sebagai acara tahunan. - Foto Facebook/VP Shanmugam
MELAKA: Penganjuran Sukan Melaka 2025 yang mempertandingkan sembilan jenis sukan, berjaya menarik 15,696 peserta sepanjang ia berlangsung bermula Julai lepas sehingga semalam, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan rakyat negeri itu terhadap usaha membudayakan gaya hidup sihat.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam berkata penganjuran itu, merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka bagi merebut Piala YAB Ketua Menteri Melaka, dengan matlamat memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sukan Melaka dianjurkan bermula pada peringkat DUN pada 19 Julai hingga 22 Dis, manakala peringkat negeri berlangsung dari 5 Sept hingga 22 Dis di beberapa venue sukan yang ditetapkan, melibatkan acara bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, futsal, badminton, snuker, dam aji dan konda kondi.
"Jumlah penyertaan ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding 13,963 peserta pada tahun lepas, sekali gus membuktikan sambutan amat memberangsangkan daripada masyarakat Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Melaka 2025, yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad, di sini malam tadi.
Shanmugam berkata kerajaan negeri akan meneruskan penganjuran Sukan Melaka sebagai acara tahunan, susulan sambutan amat menggalakkan khususnya dalam kalangan belia.
Beliau berkata penganjuran itu bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam bidang sukan, malah berperanan memperkukuh hubungan kepimpinan dengan masyarakat pada peringkat DUN masing-masing.
"Pada tahun depan, satu lagi acara sukan iaitu ping pong akan diperkenalkan, bagi mempelbagaikan penyertaan dan menarik lebih ramai rakyat menyertai Sukan Melaka," katanya.
Sementara itu Ab Rauf dalam ucapannya berkata sukan bukan sekadar temasya tahunan, sebaliknya sebagai satu gerakan rakyat yang mampu menyatukan seluruh lapisan masyarakat serta memperkukuh identiti Melaka sebagai negeri ikon kecemerlangan sukan.
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM10.9 juta menerusi Bajet Melaka 2026, bagi memperkasakan fasiliti serta membangunkan infrastruktur sukan baharu di negeri itu sebagai komitmen berterusan melahirkan ekosistem sukan yang mampan dan inklusif.
"Peruntukan itu melibatkan beberapa projek utama termasuk naik taraf Dewan Badminton Majlis Sukan Negeri, penambahbaikan kemudahan fasiliti sukan sedia ada serta pembinaan baharu Lapang Sasar Memanah di Ayer Keroh.
"Selain itu, kerajaan negeri turut memberi penekanan kepada pembaikan kemudahan sukan komuniti di setiap DUN bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Melaka 2025
#V P Shanmugam
#acara tahunan
#peserta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan