awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karipap 'kalahkan' croissant dalam senarai pastri paling lazat di dunia

Azib Zikry
Azib Zikry
25/01/2024
06:41 MYT
Karipap 'kalahkan' croissant dalam senarai pastri paling lazat di dunia
Portal TasteAtlas dalam senarai 100 Pastri Terbaik di Dunia baru-baru ini telah meletakkan karipap sebagai pastri ke-5 terbaik di dunia, dengan skor 4.6 daripada 5 bintang. -Gambar hiasan
SIAPA sahaja rakyat Malaysia yang tidak kenal akan kuih karipap kerana ia bukan sahaja dinikmati segenap usia, malahan merentasi bangsa.
Bukan itu sahaja, keenakan rasanya kini diiktiraf di seluruh dunia, malah mengatasi kuih-muih dan makanan ringan lain dari negara barat.
Portal TasteAtlas dalam senarai 100 Pastri Terbaik di Dunia baru-baru ini telah meletakkan karipap sebagai pastri ke-5 terbaik di dunia, dengan skor 4.6 daripada 5 bintang.
Ia sekali gus menobatkan karipap sebagai sajian 'lebih lazat' berbanding croissant di tangga ke-8 dengan 4.5 bintang.
Pastri lain yang turut mendapat tempat ialah kunafah (#10), baklava (#17), dan cinnamon rolls (#18).
Senarai yang dikeluarkan sehingga 29 November 2023 itu mengambil kira pandangan daripada 25,679 sampel pengguna, di mana 17,707 daripadanya diiktiraf oleh sistem sebagai sah.
Karipap ialah kulit pastri kecil yang digoreng atau dibakar yang diisi dengan kari ayam dan kentang pekat.
Ia dipercayai dicipta sebagai makanan ringan berperisa oleh orang Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian Sumatera dan Borneo.
Bukan sahaja disediakan sebagai sarapan pagi yang popular, malah ia juga dinikmati sebagai snek petang yang boleh didapati di kebanyakan kedai dan juga pasar.
Kerana kesederhanaan rasanya, karipap menjadi popular dengan begitu pantas di luar Malaysia, terutamanya di Thailand dan Singapura.
Sehingga hari ini, terdapat banyak versi karipap, bukan sahaja terhad kepada kentang dan ayam sahaja.
Namun, ia boleh diisi dengan pelbagai bahan lain seperti tuna, sardin, dan juga kegemaran Malaysia, rendang daging.
Topic Berkaitan
#karipap
#croissant
#kunafah baklava
#Tasteatlas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan