awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival MAIWP 2023 santuni golongan asnaf, B40

Bernama
Bernama
28/12/2022
07:48 MYT
Karnival MAIWP 2023 santuni golongan asnaf, B40
Karnival dua hari bermula pada 28 Jan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini dan terbuka untuk dihadiri semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Karnival MAIWP 2023 pada Januari tahun depan bertujuan menyantuni golongan asnaf dan kumpulan B40 selain menonjolkan lagi fungsi serta peranannya.
Pengerusi MAIWP Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata bertemakan 'Memperkasa dan Berdaya Usaha -Menuju 50 Tahun Kecemerlangan MAIWP', karnival dua hari bermula pada 28 Januari itu akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini dan terbuka untuk dihadiri semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.
Beliau berkata karnival itu yang diadakan dengan kerjasama Naurah Care Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Berkongsi mengenai pengisian karnival, Mohd Daud berkata antara yang menjadi tumpuan ialah Majlis Walimatul Urus Perdana membabitkan 100 pasangan pengantin daripada golongan asnaf dan mualaf yang dijangka dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Penyampaian anugerah Ikon Usahawan Asnaf dan Ikon Pendidikan Asnaf MAIWP, MAIWP Run iaitu acara larian 3 km dan 5 km juga akan diadakan," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Karnival MAIWP 2023 di sini hari ini.
Menurut Mohd Daud, MAIWP akan memberikan sumbangan RM2,000 kepada setiap seorang bakal pengantin untuk mereka memulakan kehidupan bersama sebagai suami isteri dan sepersalinan pakaian pengantin.
Menjelas lanjut, beliau berkata karnival itu adalah satu program dan naratif baharu, moden, bergaya seterusnya memberikan impak serta pandangan baharu masyarakat moden kepada sebuah agensi agama.
Mohd Daud berkata pihaknya menyasarkan 500,000 penyertaan sepanjang karnival dua hari itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIWP
#Karnival MAIWP
#golongan asnaf
#golongan B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan