awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karpal Singh yang kita kenal

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2014
01:26 MYT
Karpal Singh yang kita kenal
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, semasa hidupnya dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.
Karpal mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970.
Bekas Pengerusi DAP itu kemudiannya bertanding kerusi parlimen pada tahun 1978 serta pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.
Karpal, 74, yang aktif berpolitik selama 36 tahun turut digelar 'harimau jelutong' kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.
Dikenali sebagai seorang yang pandai berhujah, beliau pernah dilantik menjadi peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kes liwatnya itu.
Karpal berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak.
Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
Karpal juga pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.
Pada Mac, Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.
Pada 2005, Karpal turut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.
Karpal maut dalam satu kemalangan di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira jaml 12:40 pagi tadi.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Turut terkorban ialah pembantu peribadinya, Michael Cornelius, manakala dua lagi iaitu anaknya Ramkarpal Singh serta pemandu kereta dilaporkan cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori.
Topic Berkaitan
#Bukit Gelugor
#DAP
#Karpal Singh
#lantang
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan