Kartel daging: Jakim perhalusi cadangan ketat SOP pengimportan - Menteri Agama

Fauzi Suhaimi
Januari 11, 2021 03:10 MYT
Zulkifli berkata, antaranya dengan memperketat prosedur pengimportan daging halal, pengangkutan dan pergudangan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Menangani Isu Pemalsuan Logo Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersetuju untuk memperhalusi beberapa cadangan dalam memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pegimportan susula isu kartel daging.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, antaranya dengan memperketat prosedur pengimportan daging halal, pengangkutan dan pergudangan.
"Kerajaan serius dalam isu halal, juga integriti dalam pengurusan halal.
"Dengan sokongan semua pihak, saya yakin usaha ini bakal menatijahkan penyelesaian yang terbaik untuk Malaysia, juga kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini pada Isnin.

Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Menangani Isu Pemalsuan Logo Halal di @MyJAKIM baru-baru ini telah bersetuju untuk memperhalusi beberapa cadangan antaranya memperketat prosedur pengimportan daging halal pengangkutan dan pergudangan.

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) January 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama dalam Rundingan Meja Bulat bersama Pengimport dan Pengedar Daging serta Produk Daging.
Turut hadir dalam rundingan itu termasuk pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malasyia (JKDM).
Sinar Harian sebelum ini membongkar modus operandi kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.
[INFOGRAFIK] Kronologi Kartel Daging
BACA: Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli
BACA: Senarai pengimport daging halal dikeluarkan minggu depan - Dr Zulkifli
BACA: Kartel daging mungkin didalangi sindiket dalam dan luar negara - Polis
BACA: Isu penyeludupan daging di luar bidang kuasa Jakim
#JAKIM #SOP #Islam #Halal #integriti #haram #operasi #kartel daging #Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Z #KPDNHEP #kastam #maqis